Info Senang Faham: Apa itu GMO?



Anda mungkin pernah mendengar tentang GMO sejak kebelakangan ini, tetapi adakah anda benar-benar faham tentang GMO?

GMO bermaksud organisma yang diubahsuai secara genetik, ia juga membawa maksud yang sama dengan mutasi (ya, sama macam X-Men!). 

Antara contoh makanan GMO

Sedar atau tidak, hampir 80% makanan yang kita makan hari ini mengandungi organisma terubahsuai genetik (GMO). Yang paling biasa ialah sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan, kudap-kudap atau snek, biskut kraker, miuman soda, susu tin, minyak masakan malah dalam daging dari haiwan ternakan. 

Sejarah GMO dalam pertanian
Pada asalnya, tujuan asal saintis mengubah suai genetik tanaman untuk meningkatkan ketahanan tumbuhan terhadap perosak, dan seterusnya tahan dengan perubahan cuaca, tingkatkan hasil pertanian, dan mengurangkan masa kematangan (cepat untuk tuai). Pengubahsuaian genetik dimulakan di dalam makmal apabila gen dari bakteria, virus, serangga, haiwan, atau manusia dimasukkan ke dalam DNA tanaman makanan atau haiwan. 
Bagaimana genetik sesuatu organisma di ubah 

KESAN SAMPINGAN GMO

Pada masa ini, kesan sampingan daripada memakan produk GMO tidak diketahui. Malah, sehingga hari ini, tiada penerbitan tentang kajian klinikal yang dilakukan ke atas manusia mengenai kesan tanaman GMO. Tapi ia bukan lah bermaksud tidak bahaya. Bukan sama sekali! 

Namun, terdapat beberapa kajian ke atas haiwan yang diberi pemakanan GMO dan keputusannya sangat membimbangkan. Para saintis bimbang tentang bagaimana badan kita akan dipengaruhi oleh gen mutan ini. 
  • Tikus betina yang memakan soya GMO melahirkan anak yang cacat dan mandul. 
  • Sejenis spesis rama-rama yang terancam iaitu Monarch, beribu-ribu mati akibat daripada memakan ‘milkweed’ yang telah di sapu debunga jagung GMO. 
  • Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa keabnormalan genetik makanan GMO boleh mengubah bakteria dalam usus manusia, dengan itu mendedahkan orang ramai kesan yang mudharat.

SITUASI SEMASA BERKAITAN GMO

Lebih daripada 40 buah negara, termasuk Rusia, China dan Jepun, memerluka para pengusaha makanan untuk melabel makanan mereka yang GMO, tetapi Amerika Syarikat tidak. Jangan fikir kita tinggal di Malaysia selamat dari makanan GMO. Kini ia telah mula dipraktikkan secara besar-besaran oleh pengusaha-pengusaha tanaman dan juga penternak haiwan. 

Pengguna sepatutnya diberitahu tentang penggunaan GMO dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek atau bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan GMO pada produk mereka. Syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan GMO. Jika produk GMO begitu baik dan memberi faedah, mengapa ia tidak mahu dilabelkan? Sebaliknya mengapa pula pengeluar makanan asli dan organik mengambil langkah bertentangan dengan meletakkan label NON-GMO atau 'TIADA GMO' pada bungkusan mereka. 

Tahukah anda apa akan terjadi kalau perkara begini diluluskan di Malaysia? Semua restoran makanan segera seperti KFC, McDonald, Burger King, Pizza Hut, produk Coca-Cola dan minuman berkarbonat, sos-sos dan kicap, makanan ringan, makanan-2 yang tersusun di rak-rak jualan di pasaraya seperti Tesco, Giant, Jusco semuanya mengandungi amaran tertulis pada bungkusan seperti "Produk Ini mengandungi GMO" atau "Amaran: GMO". 


Salah satu sebab mereka tidak mahu meletakkan label GMO ialah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko pengguna akan menjauhkan diri dari produk mereka memandangkan ia telah diharamkan di Eropah.  

Mulai hari ini, mulakan langkah ke arah pemakanan sihat!




Mahukan supplement terbaik untuk diri anda dan keluarga?

FB Message atau email untuk sebarang pertanyaan

Post a Comment

www.CodeNirvana.in

Translate

Total Pageviews

Copyright © Now I Love Vitamins.....!! | Designed By Saminu Eedris