Kenapa Pengambilan Vitamin B Air Kencing berwarna Kuning?

Antara soalan popular dari customer Shaklee saya….

Kenapa air kencing kuning sangat?

Tak pe ke?

Saya perlu kurangkan dos? Kena stop?

Jawapannya:

TIDAK sebab anda tak perlu bimbang. Ia adalah normal bagi semua pengamal makanan tambahan (supplement / vitamin). In fact, kebanyakan nutrien daripada makanan boleh menyebabkan warna kuning yang cerah pada air kencing.

Biasanya, selepas beberapa jam selepas mengambil multivitamin dan atau dos tinggi B-Complex. Ini kerana vitamin B adalah tergolong di dalam kumpulan vitamin larut air. Warna kuning tersebut adalah normal.

Kesemua kumpulan vitamin B sama ada vitamin B1, B2, B3, B6, B12 dan Biotin adalah tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Kesemua vitamin larut air ini boleh larut di dalam air. Badan manusia perlu mengambil vitamin larut air ini (vitamin B dan C) setiap hari kerana badan tidak menghasilkan sendiri vitamin tersebut. Vitamin ini juga tidak disimpan di dalam badan. Kerana sifatnya yang larut air, lebihan vitamin ini akan dibuang daripada badan melalui air kencing.


Kenapa Warna Kuning?

B-Complex Shaklee adalah sangat lengkap kerana ia mengandungi semua 8 jenis vitamin B dan salah satu vitamin tersebut ialah Riboflavin. 

Riboflavin inilah yang memberi warna KUNING pada air kencing kerana sifat vitamin B yang larut air itu. Oleh itu, Riboflavin yang tidak diserap (kerana badan dah dapat nutrient B yang mencukupi), disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin. Maka, air kencing yang kuning selepas mengambil supplemen B-Complex adalah normal dan tidak berbahaya.

Sekiranya warna kencing adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Maka, minumlah lebih banyak air masak dan pastikan badan anda tidak terhidrasi.

Anda boleh refer kepada carta di bawah untuk mengenali warna kencing dan simptomnya:

Carta Warna Air Kencing

Jadi anda dah tahu kenapa....boleh teruskan mengambil B-Complex. Sangat banyak manfaatnya!

#shakleeforlife
#projekRM500


FARINA
đź”±Master Coordinator
🎓Shaklee Certified Product Trainer











Post a Comment

www.CodeNirvana.in

Translate

Total Pageviews

Copyright © Now I Love Vitamins.....!! | Designed By Saminu Eedris