Terlalu banyak produk kesihatan......

Tadi tgk rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah. Banyak nye produk tempatan yang sering mengatakan produk mereka hebat, boleh kecilkan cyst, licinkan kulit, boleh kurus hanya dengan beberapa titik, kencing manis, cancer bagai semua macam magic dapat sihat semula. Hmmm.....
Tetapi yang pasti, mereka tidak menjalani kajian klinikal untuk mengkaji tindakbalas yang sebenarnya yang berlaku dalam badan. Hanya sebab di Malaysia, tidak wajib untuk buat clinical study....cukup dengan mendapat kelulusan KKM dan BPFK...kalau ada kilang GMP certified, tu kira dah hebat. Padahal itu should just be minimum requirement.
Ada 3 possibilities bila makan produk...samada nampak berkesan atau tiada perbezaan atau tidak sesuai. Tapi walau apa pun outcome apa jadi kat dalaman?
Sebab itu, ada yang makan jus this and that, mendapat batu karang, buah pinggang rosak etc. Nak saman, tak boleh dah sebab tak dapat nak buktikan. Especially yang makan macam-macam brand jus or pills.
Nak kata murah, tak juga. Cuma cara mereka jual dan overclaim kata 'boleh sembuh', itu yang menarik orang beli. Walhal, ada akta dah outline tak boleh overclaim.
Bukan saya tak support bumiputera nak berniaga. Cuma saya tak support produk yang too good too be true.
Apa kata, pihak yang berkaitan...MARA atau SME atau mana-mana agensi, increase awareness dan wujudkan platform di kalangan pengusaha produk ni untuk go a step further untuk membuktikan produk mereka SELAMAT. Boleh work with SIRIM atau universities.


2 comments

now i love vitamins shaklee too

Reply

Hahaha....bagus2. Meh order dgn saya 😁

Reply

Post a Comment

www.CodeNirvana.in

Translate

Total Pageviews

Copyright © Now I Love Vitamins.....!! | Designed By Saminu Eedris